Monday, January 17, 2011

Beautiful Art =)



berkarya sekejap.cantik x?hehe =)






Subhanallah.!!
hati terpegun melihat karya2 yg sgt cantik & menarik hati sewaktu jalan2 bersama shbt di PKNS Shah Alam.

Rabiatul Adawiyah...




Setelah kehilangan ibu bapanya,tempat tinggalnya Rabiatul Adawiyah iaitu di kota Basrah dilanda kemarau yg panjang yg membuat ramai penduduknya kebuluran.Rabi'ah dan kakak2nya mengambil keputusan utk mencari tempat lain yg lebih byk sumber rezekinya.Akhirnya mereka berpecah dan tinggalkan Rabi'ah seorg diri.

Tidak lama kemudian,Rabi'ah ditangkap oleh beberapa org penjahat.Dia telah dijual kepada seorg pedagang dgn harga 6 dirham.Jadilah Rabi'ah seorg hamba sahaya kepada seorg pedagang yg kejam dan zalim.Dia telah diperintahkan utk melakukan kerja2 berat dan dikenakan pelbagai seksaan.

Suatu malam tuannya cuba melihat apa yg dilakukan oleh Rabi'ah lantas terdengar suara rayuan Rabi'ah di tengah malam:

Ya Allah!
Engkau amat memahami jiwaku..
Yang patuh kepada perintahMu..
Dan sinaran pancainderaku utk beribadah kepadaMu..
Jika aku mempunyai kuasa ke atas diriku sendiri..
Maka aku akan terus menerus bermunajat kepadaMu tanpa henti..
Namun engkau telah mentakdirkan aku..
Di bawak kuasa seorg manusia yg kejam dari hamba2Mu~

Ketika itu tuannya merasa amat gementar dan merasa amat berdosa jika terus memperlakukan kekejaman ke atas Rabi'ah yg begitu dekat dgn Tuhannya.Rabi'ah diberi pilihan sama ada inign terus tinggal di rumah itu atau tinggalkan rumah itu.Rabi'ah lantas mengambil keputusan utk meninggalkan rumah itu dan kini dia bebas dari belenggu penghambaan.

Apabila Rabi'ah dapat menyingkap segala rahsia di lubuk hatinya,dia berpindah kepada peringkat yg lebih luas.Ketika itu pengabdiannya kepada Allah bukan lagi kerana takut kepada api neraka atau tamakkan syurga.

Rabi'ah berkata:

Jika aku sujud kepadaMu..
kerana gerun dgn api nerakaMu..
maka bakarlah aku di dalamnya..

Dan jika aku sujud kepadaMu..
kerana tamakkan syurgaMu..
maka halanglah aku daripadanya..

Tetapi jika aku sujud kepadaMu..
kerana kecintaanku kepadaMu..
Maka kurniakanlah aku balasan yg besar..
izinkanlah aku melihat wajahMu..
Yang Maha Agung dan Mulia itu~!!!

Wahai Tuhanku..
Jadikanlah neraka itu untuk seteru2Mu..
Dan syurga pula utk pencinta2Mu..
Dan adapun untukku..
Memadailah hanya engkau semata!

Rabiah meninggal dunia ketika usianya menjangkau 80 tahun dan disemadikan di Baitulmaqdis pada tahun 135 hijrah.

subhanallah..indahnya pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya.Rabiatul Adawiyah..bidadari syurga.Beribadat kepada Allah bukan kerana inginkan syurga atau takutkan neraka tetapi mengabdikan diri kerana cintanya kepada Allah.sedangkan kita..adakah kita beribadat kepada Allah kerana tamakkan nikmat2 syurgaNya??

Betapa susahnya utk mengatur langkah kaki kita ke majlis ilmu apatah lagi utk bangun malam bertahajud kepada Sang Kekasih.Kita lebih mudah utk ke program2 hiburan,pergi menonton wayang,sanggup bersusah payah ke stadium utk melihat perlawanan bola & sebagainya.Apa yg kita cari pada hiburan shbtku?



Marilah kita sama2 muhasabah diri.kehidupan kita di dunia hanya sementara.kehidupan yg bukan semata2 utk bersuka2.selagi ada masa,selagi itu kita boleh berubah kan.pintu taubat sentiasa terbuka walaupun telah segunung dosa yg kita pikul kerana Allah itu Maha Penyayang kepada hamba2Nya.jOm berubah!!insyaAllah.

Sunday, January 16, 2011

Kakak itu.always make me smile.=)



~akak design utk adik.thanks akak~

Kakak itu...:)
siapakah kakak itu???..jeng3..hehe

Pertemuan yg tidak pernah disangka2 dlm perjalanan hidup sementara di dunia.
Allah menghadirkannya di saat hatiku gundah gulana.di saat aku memerlukan seseorang utk meluahkan rasa yg terbuku di hati sekian lama.hanya DIA & dia(kakak itu) yg tahu segala gelodak di jiwa~

bagaimana kami dipertemukan??
answer:faceboOk.kebetulan si kakak pun belajar di uitm shah alam kan.terus berkenal2 dgn skemanya sebab sy tahu dia baik.tapi bila dh kenal,dia ckp:kenapa dulu2 skema je?hehe..& dari situ mula bermesej2 & berkenal2.apa yg membuatkan sy tertarik disebabkan dia xjemu2 utk melayan sy.kdg2 dlm hati terdetik,ish akak ni xberhenti2 mesej dgn aku,,sudi dgr luahan hati aku & dia pun xlokek utk menceritakan ttg hidup dia..terbit rs syg pada si kakak walau belum bersua lagi.waktu prgi program di kuantan,handphone hilang & sgt xsangka akak risaukan adik.akak selalu ckp,akak ego nk ckp syg2 ni.hehe..akak nk dibuktikan syg tu melalui perbuatan.love is a verb kan.=)

1st time berjumpa di stesen bas seksyen 17.waktu 2 baru balik dari perak ke shah alam & dia dgn senang hatinya menawarkan diri utk ambik sy.baiknya anda kan akak.Dan dia memg suka tolong org.kereta kancil beliau itu ibarat kuda perang katanya,driver of ummah.^^

Bermula dari situ & sejak balik UiTM..selalu jugak la jumpa.1st time jumpa malu2 kucing jugak la sbb dh terluah mcm2 kt dia.hehe..tapi si akak ni sgt2 la peramah.last2 sekali trkeluar jugak la sikap sebenar sy yg suka buat lawak & menyakat2 org.i love to see people smiling.=)

Pertemuan ini sgt2 bermakna buatku Ya Allah.Engkau hadirkan dia utk berikan daku kekuatan menghadapi hidup,utk melupakan segala kesedihan yg teramat di waktu aku hampir jatuh.si kakak membuatkan aku bangun utk melihat hakikat hidup sebenar & membuatkan aku berpandangan jauh & memandang sesuatu dgn pandangan mata hati.sbb tu la adik jeles bila akak ckp psl adik lain.hehe..xde la.ukhuwah itu kan indah.^^

Di satu saat aku menangis sbb takut xdpt sllu jumpa akak.saat yg membuatkan aku sgt sakit kepala memikirkan suatu perkara yg tdk prnah aku fikirkan.rs sgt blur.hanya padaNya aku memohon doa & beristikharah.Akhirnya Allah menetapkan utk aku terus bersamanya.dpt berjumpa sllu utk sharing2 kan akak.alhamdulillah.

Akak ada tanya:
adik nk jadi pemain bola ke atau nak jadi pengkritik atau penyokong???

err..adik nk jadi pemain bola la akak.=)
akak cakap:bagus2.Dan akak terus berusaha utk mengajar saya menjadi pemain bola & sy dgn bersemangat mendengar apa yg akak sharing & baca buku yg akak bagi.subhanallah..rasa diri ini sgt bertuah.akak ckp sy INTAN TERPILIH.(^^,)

adikku..utk menegakkan ISLAM,kita tidak hanya boleh melihat,menyokong apa lagi mengkritik tanpa kita melakukan atau menyumbangkan apa2 utk ISLAM.Allah dh janji ISLAM akan menang & Allah takkan memungkiri janjiNya dik.So jom jadi pemain bola macam akak.Kalau setakat menyokong & mengkritik senang la kan dik tp cuba kita yg melalui jalan dakwah itu sendiri.aku pun merangkak memahami & terus memahami.alhamdulillah aku mula faham & sedar tanggungjawab sbg khalifah.hidup di dunia bukan utk bersenang2.org yg ada matlamat dlm hidup takkan pernah merasa boring dlm hidup krna kita ada tanggungjawab.i lOve ISLAM.we are full time muslim.hold my hand kakak.adik nak jadi pemain bola.nak bersama2 berjuang di 1 barisan dgn akak.nakkk sgt.:(

bila jumpa akak mesti rs xnak balik.baru jumpa semalam,tp esoknya dh rindu.hebatnya penangan anda kakak.hehe..adik sudah jatuh cinta pada akak kerana Allah.if she know how much i love her.akak ckp kalau org yg betul2 faham Islam dan erti perjuangan,dia takkan mengeluh tika menghadapi ujian kerana Rasulullah lebih hebat diuji dari kita.adik kena kuat sebab adik terpilih tau.=)

setelah lama kenal,byk yg akak tau tentang adik & adik tau ttg akak.bukan dgn semua org kita dpt ceritakan masalah kita kan.thanks Allah for sending her to me.akak ni sbnrnya lawak orgnya.hehe..always make me smile.itu la sebabnya bila jumpa ras xnk balik.hehe

hari tu dah pergi rumah akak.jumpa mak abah akak.dan jadi geng dgn adik akak yg bongsu.hehe..^___^

seronok sgt dpt selalu sharing2 ilmu dgn akak di masjid negeri shah alam dan di mana sj2.pergi ceramah dlm UiTM dgn akak.dan perkara2 lain lg.tak nak mention takut jadi riak.nauzubillah.

Akak panggil adik PACAT.hehe

P.A.C.A.T.=Percayalah Akak Cintakan Adik Tau...
akak sgt sweet.really love you because of Allah my dear sis.kita dh engaged kan.hehe :D



masa kita keluar makan,adik ada bawak nota & suruh akak tulis something bawah nota tu supaya bila adk study nanti adk jadi semangat.hehe..menuntut ilmu pun jihad kan.

akak tulis:
"Jadilah muslimah sejati hasil didikan Al-Quran.Ketika ujian yg sgt besar melanda,masih mampu tersenyum manis dan mengucapkan innalillah dan alhamdulillah.semoga menjadi ansarullah(pembantu agama Allah).insyaAllah.ana uhibbuki fillah abadan abada"

gambar kita yg akak cuci & hadiahkan kat adik,adk lekatkan kt dinding dpn meja study.semester 6 ni kita ada competition kan.let's fight for the competition & let's go to the puncak together-gether.hehe

terima kasih akak.terlalu banyak yg akak korbankan utk adik.adk dh rs akak mcm akak kandung sendiri.al-maklum la adk anak sulung kan.so Allah hadiahkan adik seorg akak yg sgt special in this short life.adik nak jumpa akak lagi di alam sana.

hOld my hand akak~

Saturday, July 31, 2010

Janji Tuhan Pasti Berlaku

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara...

selamatkan kami umat di akhir zaman...
dengan iman yg terpelihara..insyaAllah.


Tuesday, July 27, 2010

Bingkai Kehidupan ^_^

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan

Reff :
Allah ghayatuna..
Ar-Rasul qudwatuna..
Al-Quran dusturuna..
Al-Jihadu sabiiluna..
Al-Mautu fii sabilillah..
Asma amaanina..

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi.

Monday, July 19, 2010

ukhuwwah ^_^

Bila berbicara tentang ukhuwah, ia bukanlah satu tajuk yang hanya cukup ditazkirahkan didalam usrah.atau disampaikan di dalam daurah, tamrin atau rehlah. Ia menuntut sesuatu yang lebih dari itu. Ia tidak cukup dgn hanya memberi tazkirah. Ia sesuatu yang dirasai kemanisannya. Dirindui dan dikenang2 bila kehilangannya. .dengan niat menghidupkan nya kembali…tidak betah seseorang itu begitu hebat bersyarah perihal ukhuwwah, andai dia sendiri belum pernah memberi ‘tiket’ ukhwah ataupun menerima ‘tiket’ ukhwah itu…
Apa itu ukhwah…

“Orang-orang beriman itu Ikhwah (adik beradik), maka baikilah hubungan diantara kamu dan bertaqwakan kepada Allah …” (Al-Quran).

Maka ukhwah itu adalah sisterhood.. ..

“Tidak beriman kamu sehingga Allah dan rasulnya lebih disayanginya dari selain kedua-duanya” (Hadis).

“Tidak beriman kamu sehingga dia menyayangi temannya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri” (Hadis)

HAB menterjemahkan ukhwah dalam bahasa yang cukup indah dan basah..(hanya ‘basah’ bagi mereka yang betul2 merasainya sahaja..)

Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan;

Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbukar) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain (itsar)..

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.


Perihal ukhuwwah dalam memoriku…

Ana masih ingat lagi beberapa peristiwa yang membuatkan ana rasa cukup manisnya ukhuwwah..
Lebih manis dari indahnya jatuh cinta buat kali pertama…

Pada suatu ketika, dlm satu liqa’…seorang ukht meluahkan perkara yang telah lama terbuku dihatinya… Terasa berat olehnya sehingga tidak mampu dibendungnya lagi… ‘Meluahkan’ bukanlah sesuatu yang mudah bagi ukhti… Kerana ‘nature’ nya pendiam, pemendam dan kebiasaannya dibibirnya, hanyalah senyuman yang tidak pernah lekang tersulam…
Lalu dia bersuara…

*-’Ya Ukhti, berat ana ingin lafazkan… Namun ana tak mahu ia terus bersarang di dada, takut ukhwah ini lemah kerananya… Iman ini larut dlm bisikan jahatnya..’

#-’Emm… Silakan ya Ukhti, ana sedia mendengar… .’

*-’Yang sebenarnya, waktu diprogram aritu… Ana amat terasa dengan ukhti…’

#-’Astaghfirullahal ‘azim….., bila ya Ukhti? Ana minta maaf.. Ana x perasan….dimana salah ana ya ukhti?’

*-’Masa tu ana mmg x ckup tangan didapur… Rasa tak tertanggung lagi… Ana sendiri x yakin dpt uruskan makanan utk 500 + orang… Ade barang yang tiada… Ada nasi yang x ckup masak… Ada adik2 yang datang kelaparan, belum sempat terjamu lagi… Org lain didapur tiada yang tetap..keluar dan masuk…
- Masa tu ana mmg x tau nak buat apa… Buat sekadar yang terdaya… Ana memang sangat2 harapkan pada enti … Sama2 uruskan hal2 dapur… Tp enti x putus2 risaukan adik2 enti yang didewan sana… Takut mereka tiada siapa yang follo up.. Kadang2 enti hilang ke dewan.. Di saat2 ana sgt perlukan enti…

# -’ Astaghfirullah. .. Ana mmg x sedar … Ana mmg risau betul dgn adik2 ana… Maafkan ana… Ana lupe org yang plg hampir dengan ana… Afwan ya ukhti…

*-’Mase tu ana mmg sedey sangat dgn enti…tp sebenarnya.. Silap ana juga… Mengapa ana harus mengharapkan kebergantugan pada manusia…sedangkan Allah kan Maha Kuat.. Silap ana juga ya ukhti.. Maafkan ana..

#-’Ana yang salah … Maafkan ana… Ana mengejar yang jauh, sedang yang dikendong ini hampir keciciran… ‘

*-’Ana pun salah juga… Afwan.. Andai terlalu lama menyimpan dlm hati ya Ukhti…’

Tatkala ukhuwwah ini diuji Allah, walau hanya sedikit… Dua jiwa atau roh yang tertaut atas jlnnya yang merasa, merana dan terkesan olehnya.. Selagi ia tidak diuji, manakan kita tahu sejauh mana kuatnya tautan keduanya.. Kebergantungan seorang ukht kepada seorang ukht yang lain utk mengemudi jalan dakwah ini tandanya perpaduan..dan tidak mungkin perpaduan akn wujud tanpa kasih sayang… Seperti yg HAB nyatakan…

Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.’

Nah, kasihilah akhawat sekalian, sebagaimana antum kasihkan mad’u2 antum…
Lebihkanlah akhawat sekalian, sebagaimana antum lebih2kan masa2 antum, wang ringgit antum buat yang lain…
Kerana tanpa kasih sayang, lekanglah perpaduan dan ukhuwwah…
Dan paling sedih, sehingga tergadainya dakwah…
Pabila ada akhawat yang seorang demi seorang futur dalam perjuangan menuju Allah ini…

Pada suatu ketika, setelah tamat program..lalu ana bersalaman dengan seorang ukht ni… Erat sungguh genggaman tangannya.. Hangat dan kemas pelukannya pada tubuh ana…lama ..senyap..tiada sebarang ucapan mahupun suara… Seolah – olah ingin menyampaikan segala yang tersimpan didlm hatinya.. Akhirnya dia berkata..

‘Ya Ukhti, KITA belum mampu kehilangan.. . Walaupun seorang ukht….’

Berjujuran air mata ana… Begitu tinggi pengharapan ukhti ini pada ana… Ana tahu, bukan pada ana seorang, namun semua akhawat yang hadir ketika itu…pada antunna semua…
Saat ini dakwah KITA masih goyah… Ukhuwwah kita masih lesu… Taat kita masih boleh dipersoalkan. .. Tadhiyah kita masih minimun… Thiqah kita masih belum sempurna…
Namun ana pasti.. Setiap dari kita berusaha untuk yang terbaik.. Membentuk diri menjadi individu muslimah yang terbaik…

Dalam satu situasi yang lain, seorang ukht menjadi mas’ulah dalam sesuatu tugasan yg diberi dlm keadaan ad-hoc..dan dan tu je ‘terpaksa’ menjadi mas’ulah…
Pening ukhti ini memikirkan siapa yang ada berdekatan utk membantunya menguruskan tugasan yang diberi…bukan yang berdekatan saja, ttp dm fikirannya.. . ‘Siapakah yang ada, yang apabila ukht ni meminta bantuan, dia tiada kata dua, melainkan menyahut dengan jawapan…’Baik! Insyaallah ana dtg sekarang juga…’
Ditilik-tilik setiap no. telefon yang ada… Namun, akhirnya no. yang dipilih adalah ukht A, Ukht B, Ukth C… Dan betul gerakan hati ukht ini… Ukht A,B, & C hadir memberi bantuan tanpa ada alasan alasan yang memenatkan.. . Sesungguhnya ukhti ini tahu siapa yang dpt dia hidup bersama… Dia tahu jika dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan bersama dengan selain mereka… Sedangkan jika org lain (org biasa), jika tidak bersama kita … Pasti mereka akan bersama dgn selain dari kita…

Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain. (HAB)

Nah, mari kita refleksi diri, muhasabah sanubari, berkatalah dari hati….
Andai antunna tidak bersama akhawat disini, adakah antunna betah hidup sendiri?…

Tidak bagi ana …ana tidak bisa hidup sendiri tanpa akhawat disisi… Walau berat hati ini ingin berpisah, berat lagi jiwa ini yang menanggung.. .. (apetah lagi bila ingin meluahkan… .)
Namun, ana sedar….ukhuwwah itu ruh ruh & jiwa jiwa yang diikat dgn ikatan aqidah…ikatan yang suci…
Walau jasad ini terpisah puluhan ribuan kilometer dari antunna semua, namun ruh & jiwa kita yang sentiasa membara akan sentiasa bersama2 tertaut di atas Jalan Ini…
Mohon pada Allah, yang terbaik darinya, Robbul ‘Alamin…

Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
Hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
Untuk mendaulat dan menyokong syariatmu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
Akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
Dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangmu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
Sebagai para syuhada’ dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
Dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal a’alamin..

http://dakwah.info/bekal-dakwah/ukhuwwah/

ukhwah fillah abadan abada ^_^


Thursday, June 10, 2010

seorang sufi & ahli maksiat..subhanallah =(


Suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi oleh seseorang yang sudah sekian lama hidup dalam kemaksiatan, sering mencuri, selalu menipu, dan tak pernah bosan berzina. Orang ini mengadu kepada Ibrahim bin Adham, "Wahai tuan guru, aku seorang pendosa yang rasanya tak mungkin bisa keluar dari kubangan maksiat. Tapi, tolong ajari aku seandainya ada cara untuk menghentikan semua perbuatan tercela ini?" Ibrahim bin Adham menjawab, "Kalau kamu bisa selalu berpegang pada lima hal ini, niscaya kamu akan terjauhkan dari segala perbuatan dosa dan maksiat.

Pertama, jika kamu masih akan berbuat dosa dan maksiat, maka usahakanlah agar Allah jangan sampai melihat perbuatanmu itu." Orang itu terperangah, "Bagaimana mungkin, Tuan guru, bukankah Allah selalu melihat apa saja yang diperbuat oleh siapapun? Allah pasti tahu walaupun perbuatan itu dilakukan dalam kesendirian, di kamar yang gelap, bahkan di lubang semut pun." Wahai anak muda, kalau yang melihat perbuatan dosa dan maksiatmu itu adalah tetanggamu, kawan dekatmu, atau orang yang kamu hormati, apakah kamu akan meneruskan perbuatanmu? Lalu mengapa terhadap Allah kamu tidak malu, sementara Dia melihat apa yang kamu perbuat?" Orang itu lalu tertunduk dan berkata,"katakanlah yang kedua, Tuan guru!"

Kedua, jika kamu masih akan berbuat dosa dan maksiat, maka jangan pernah lagi kamu makan rezeki Allah." Pendosa itu kembali terperangah, "Bagaimana mungkin, Tuan guru, bukankah semua rezeki yang ada di sekeliling manusia adalah dari Allah semata? Bahkan, air liur yang ada di mulut dan tenggorokanku adalah dari Allah jua." Ibrahim bin Adham menjawab, "Wahai anak muda, masih pantaskah kita makan rezeki Allah sementara setiap saat kita melanggar perintahNya dan melakukan laranganNya? Kalau kamu numpang makan kepada seseorang, sementara setiap saat kamu selalu mengecewakannya dan dia melihat perbuatanmu, masihkah kamu punya muka untuk terus makan darinya?" "Sekali-kali tidak! Katakanlah yang ketiga, Tuan guru."

Ketiga, kalau kamu masih akan berbuat dosa dan maksiat, janganlah kamu tinggal lagi di bumi Allah." Orang itu tersentak, "Bukankah semua tempat ini adalah milik Allah, Tuan guru? Bahkan, segenap planet, bintang dan langit adalah milikNya juga?" Ibrahim bin Adham menjawab,"Kalau kamu bertamu ke rumah seseorang, numpang makan dari semua miliknya, akankah kamu cukup tebal muka untuk melecehkan aturan-aturan tuan rumah itu sementara dia selalu tahu dan melihat apa yang kamu lakukan?" Orang itu kembali terdiam, air mata menetes perlahan dari kelopak matanya lalu berkata, "Katakanlah yang keempat, Tuan guru."

Keempat, jika kamu masih akan berbuat dosa dan maksiat, dan suatu saat malaikat maut datang untuk mencabut nyawamu sebelum kamu bertobat, tolaklah ia dan janganlah mau nyawamu dicabut." Bagaimana mungkin, Tuan guru? Bukankah tak seorang pun mampu menolak datangnya malaikat maut?" Ibrahim bin adham menjawab, "Kalau kamu tahu begitu, mengapa masih jua berbuat dosa dan maksiat? Tidakkah terpikir olehmu, jika suatu saat malaikat maut itu datang justru ketika kamu sedang mencuri, menipu, berzina dan melakukan dosa lainnya?" Air mata menetes semakin deras dari kelopak mata orang tersebut, kemudian ia berkata, "Wahai tuan guru, katakanlah hal yang kelima."

Kelima, jika kamu masih akan berbuat dosa, dan tiba-tiba malaikat maut mencabut nyawamu justru ketika sedang melakukan dosa, maka janganlah mau kalau nanti malaikat Malik akan memasukkanmu ke dalam neraka. Mintalah kepadanya kesempatan hidup sekali lagi agar kamu bisa bertobat dan menambal dosa-dosamu itu." Pemuda itupun berkata, "Bagaimana mungkin seseorang bisa minta kesempatan hidup lagi, Tuan guru? Bukankah hidup hanya sekali? Ibrahim bin Adham pun lalu berkata, "Oleh karena hidup hanya sekali anak muda, dan kita tak pernah tahu kapan maut akan menjemput kita, sementara semua yang telah diperbuat pasti akan kita pertanggung jawabkan di akhirat kelak, apakah kita masih akan menyia-nyiakan hidup ini hanya untuk menumpuk dosa dan maksiat?" pemuda itupun langsung pucat, dan dengan surau parau menahan ledakan tangis ia mengiba, "Cukup, Tuan guru, aku tak sanggup lagi mendengarnya." Lalu ia pun beranjak pergi meninggalkan Ibrahim bin Adham. Dan sejak saat itu, orang-orang mengenalnya sebagai seorang ahli ibadah yang jauh dari perbuatan-perbuatan tercela.

Semoga kisah ini menjadi renungan bagi kita bersama dalam menapaki setiap langkah kita selagi hidup di dunia.

sumber : http://hikmah-sufi.blogspot.com/2008/04/
seorang-sufi-dan-ahli-maksiat.html