Monday, January 17, 2011

Rabiatul Adawiyah...




Setelah kehilangan ibu bapanya,tempat tinggalnya Rabiatul Adawiyah iaitu di kota Basrah dilanda kemarau yg panjang yg membuat ramai penduduknya kebuluran.Rabi'ah dan kakak2nya mengambil keputusan utk mencari tempat lain yg lebih byk sumber rezekinya.Akhirnya mereka berpecah dan tinggalkan Rabi'ah seorg diri.

Tidak lama kemudian,Rabi'ah ditangkap oleh beberapa org penjahat.Dia telah dijual kepada seorg pedagang dgn harga 6 dirham.Jadilah Rabi'ah seorg hamba sahaya kepada seorg pedagang yg kejam dan zalim.Dia telah diperintahkan utk melakukan kerja2 berat dan dikenakan pelbagai seksaan.

Suatu malam tuannya cuba melihat apa yg dilakukan oleh Rabi'ah lantas terdengar suara rayuan Rabi'ah di tengah malam:

Ya Allah!
Engkau amat memahami jiwaku..
Yang patuh kepada perintahMu..
Dan sinaran pancainderaku utk beribadah kepadaMu..
Jika aku mempunyai kuasa ke atas diriku sendiri..
Maka aku akan terus menerus bermunajat kepadaMu tanpa henti..
Namun engkau telah mentakdirkan aku..
Di bawak kuasa seorg manusia yg kejam dari hamba2Mu~

Ketika itu tuannya merasa amat gementar dan merasa amat berdosa jika terus memperlakukan kekejaman ke atas Rabi'ah yg begitu dekat dgn Tuhannya.Rabi'ah diberi pilihan sama ada inign terus tinggal di rumah itu atau tinggalkan rumah itu.Rabi'ah lantas mengambil keputusan utk meninggalkan rumah itu dan kini dia bebas dari belenggu penghambaan.

Apabila Rabi'ah dapat menyingkap segala rahsia di lubuk hatinya,dia berpindah kepada peringkat yg lebih luas.Ketika itu pengabdiannya kepada Allah bukan lagi kerana takut kepada api neraka atau tamakkan syurga.

Rabi'ah berkata:

Jika aku sujud kepadaMu..
kerana gerun dgn api nerakaMu..
maka bakarlah aku di dalamnya..

Dan jika aku sujud kepadaMu..
kerana tamakkan syurgaMu..
maka halanglah aku daripadanya..

Tetapi jika aku sujud kepadaMu..
kerana kecintaanku kepadaMu..
Maka kurniakanlah aku balasan yg besar..
izinkanlah aku melihat wajahMu..
Yang Maha Agung dan Mulia itu~!!!

Wahai Tuhanku..
Jadikanlah neraka itu untuk seteru2Mu..
Dan syurga pula utk pencinta2Mu..
Dan adapun untukku..
Memadailah hanya engkau semata!

Rabiah meninggal dunia ketika usianya menjangkau 80 tahun dan disemadikan di Baitulmaqdis pada tahun 135 hijrah.

subhanallah..indahnya pengabdian seorang hamba kepada Tuhannya.Rabiatul Adawiyah..bidadari syurga.Beribadat kepada Allah bukan kerana inginkan syurga atau takutkan neraka tetapi mengabdikan diri kerana cintanya kepada Allah.sedangkan kita..adakah kita beribadat kepada Allah kerana tamakkan nikmat2 syurgaNya??

Betapa susahnya utk mengatur langkah kaki kita ke majlis ilmu apatah lagi utk bangun malam bertahajud kepada Sang Kekasih.Kita lebih mudah utk ke program2 hiburan,pergi menonton wayang,sanggup bersusah payah ke stadium utk melihat perlawanan bola & sebagainya.Apa yg kita cari pada hiburan shbtku?



Marilah kita sama2 muhasabah diri.kehidupan kita di dunia hanya sementara.kehidupan yg bukan semata2 utk bersuka2.selagi ada masa,selagi itu kita boleh berubah kan.pintu taubat sentiasa terbuka walaupun telah segunung dosa yg kita pikul kerana Allah itu Maha Penyayang kepada hamba2Nya.jOm berubah!!insyaAllah.

No comments:

Post a Comment