Friday, March 19, 2010

.: Dengarlah Duhai Temanku Sayang :.

Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yang lalai dengan angan-angan,
Ada yang tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua tanggung natijahnya,
“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”
(Surah Al-Tin:ayat 4)

Sedarlah temanku,
Kita musafir di dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dengan sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata,
Mahukah kita hidup terhina,
Tanpa ilmu sebagai bekalnya,
Kelak di sana rendah darjatnya,
‑­
“Allah akan mengangkat orang beriman di antaramu dan orang berilmu beberapa darjat”
(Surah Al-Mujadilah:ayat 11)

Temanku’
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu juga diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dengan ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dengan-Nya,
Barulah hati tenang bahagia.

Ketahuilah temanku,
Kemuliaan manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan,
Oleh itu,tekadkanlah keyakinan,
Kau umat pilihan,
“You are the best ummah” (Ali Imran:110)
“Sesungguhnya orang-orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang-orang yang paling bertakwa” (Al-Hujurat:13)


‑­
Jelaskan visi perjalanan:
“Ya Tuhan Kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka” (Al-Baqarah:201)
Jadikan ilmu sebagai bekalan,
“Bacalah!Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan” (Al-Alaq:1-2)
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang,maka semuanya enggan memikul amanat itudan mereka khuatir akan mengkhianatinya,dan dipikullah amanat itu oleh manusia.Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh (kerana mahu menerima tugas tetapi tidak melaksanakan)
(Al-Ahzab:72)
Ketinggian seseorang kerana iman,
Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman.
(Ali-Imran:139)
Lantaran itu carilah redha Tuhan,
Dengan melakukan sebaik-baik amalan,

Temanku,
Kau tidak bodoh andai kau gagal selepas berusaha,
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala,
Bakal mengangkat darjatmu di sisinya,
Jika kau reda,sabar dan terus berusaha,
Tapi,kau sememangnya bodoh,
Jika kau langsung berusaha,
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita,
Tiada nilaian pahala dari-Nya,
‑­
Malah kau pula kau menanggung dosa,
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga.

Temanku,
Bangkitlah dari lenamu yang panjang,
Dan tidak pernah berkesudahan,
Sekali kau terjatuh,
Jangan biarkan dirimu jatuh selamanya,
Kau punya kekuatan untuk bangkit semula,
Dan mara berlari kencang,
Mencipta taufan,
Berjuanglah temanku sayang!!!
Tanpa mengenal penat dan jemu,
Biar hidup kita derita dengan usaha,
Kelak kita akan dimulia,
Jika tidak di dunia,
Nun di syurga ^_^

No comments:

Post a Comment