Thursday, May 27, 2010

SAAT BERTEMU DENGAN-NYA

Assalamualaikum kpd sahabat2 yg melawat blog seindah mawar berduri.Alhamdulillah hari ni dapat meluangkan masa utk meluahkan apa yg terbuku di hati.Dari Allah kita dtg & kepadaNya kita akan kembali.Kita semua adalah “HAMBA”.Kita adalah hak Allah & bukan hak manusia.Semalam dikejutkan dgn pemergian seorg sahabat kpd sahabat sy.Allahhuakbar!!!dah smpai masa utk dia menghadap dgnNya,mnjwb segala persOalan,merungkai segala sebab utk setiap apa sekalipun yg dilakukanNya.sy tak mampu nak lelapkan mata semalam,terbayang2 bagaimana “malam pertama” arwah di alam kubur yg suatu hari sy & anda semua anda menginap di sana.Betapa ngerinya bila memikirkan semua tu.Tempatkan arwah di kalangan para sOlihin Ya Allah.Kalaulah kita tahu bagaimana azab di dalam kubur atau lebih spesifik kita nampak apa yg berlaku di sana,pasti antara kita semua tidak akan tertawa lagi,tidak lagi mengejar2 & mengharap cinta manusia,tidak lagi menghiraukan dgn harta2 dunia,tidak lagi berbuat kejahatan yg sgt kejam,tiada lagi pembuangan bayi,tiada lagi rasuah,tiada lagi pembunuhan & mungkin kita juga tak mampu utk tertawa.Ingatlah!org yg bijak adalah seseorg yg selalu mengingati mati.semaki bertambah umur,semakin dekat kita dgnNya.sedarlah wahai saudara2ku.daku syg kalian semua & ingin kita bersama2 trpilih utk memulakan hidup baru di syurga Allah.insyaAllah. =)
Kadang2 sy tertanya2 bagaimana kehidupan di alam sana?bagaimana rasanya tinggal di dalam kubur?bagaimanakah wajah malaikat?bagaimana rasanya penantian insan2 yg telah meninggalkan dunia ini sejak sekian lama di alam kubur?menggigil ketakutan rasanya hati ini,berjuraian air mata acap kali mengingati mati.Allah…hnya padaMu hamba meminta,hamba memohon,hamba merayu,hamba merintih…jika engkau mentakdirkan daku mati,matikanlah daku,ahli keluargaku,shbt2ku,guru2ku dalam “husnul khotimah”.biarlah pengakhiran hidupku dlm keadaan yg baik,jauhilah daku dari hidup yg sia2.Apakah fungsi kita dijadikan?sentiasa kita muhasabah diri.insyaAllah.
Saudara2ku yg disayangi,kejarlah cinta Allah selagi kita masih diberi peluang.Cubalah kita merasakan “angau” bercinta dgn Allah.Kita takkan kecewa jika kita bercinta dgn Allah.Allah tdk akan memungkiri janjiNya sperti mana manusia yg kerap kali memungkiri janji.Manusia mudah utk menyayangi & mudah juga utk membenci tapi Allah tidak begitu.Allah tetap akan memberi peluang biarpun segunung kesalahan & dosa telah kita lakukan.Bersyukurlah dgn nikmat umur yg masih ada,bertaubatlah pada Allah dgn sebenar2 taubat.jgn lg mendambakan cinta manusia.jgn lagi hanyut dgn janji manis manusia.bayangkan jika kita tgh asyik dgn cinta manusia,kita akan sentiasa merinduinya & terbayang2kannya..bayangkan jika Allah mengambil nikmat umur kita saat kita asyik & leka dgn cinta manusia?nauzubillahhi min zalik.sedih kan.rugi kan.kalau Allah dah ambil nyawa kita,tiada lagi peluang buat kita.sedarlah kaum hawa,lelaki yg soleh tidak akan membuang masanya dgn cinta yg sia2 & tidak diredhai Allah.lelaki yg soleh tidak akan melihat wanita pada kecantikannya tetapi pada agamanya.& lelaki2 di luar sana yg sentiasa berkepit dgn “awek” masing2,mereka juga ingin wanita yg baik sbg isteri.mereka hanya inginkan keseronokan dgn wanita2 yg begitu murah menjual diri,membiarkan maruah tercalar & membiarkan saja dirinya disentuh oleh lelaki yg bukan “suami”.cinta begini akan menyebabkan pasangan itu akan cepat bosan kerana cintaNya tdk diredhai Allah.bila sudah bosan,wanita2 yg rugi akan ditinggalkan begitu saja,lagi sedih andai lelaki2 ini telah merosakkan si hawa.mOga Allah member hidayah padamu sahabat2,adik2.mari bersama2 pulang ke pangkuan Allah. terkadang kita akan berasa sakit,perit & derita jika insan yg kita syg meninggalkan kita..tetapi ingatlah,lagi tersiksa & pedihnya jiwa & perasaan jika Allah meninggalkan kita.biarlah apa sekalipun tindakan manusia kepada kita krna yg kita inginkan bkn sekelumit redha manusia tetapi seinfiniti redha Allah.sy juga bukan manusia yg sempurna & masih mencuba utk menjadi hamba yg sebenar2 hamba.utk berdakwah kepada insan lain,terkadang Allah akan menguji dgn keluarga kita sendiri & berdakwah pd ahli keluarga lebih perit dari shbt2 sendiri.tetapi itulah ujian Allah buat para daie.mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..^_^
Ujian Allah dtg silih berganti.tetapi bersyukurlah kerana kita diuji kerana melalui ujian Allah mengajarkan sesuatu pada kita.jika kita berjaya dlm pelajaran,Allah mengajar kita erti “kesyukuran”.jika kita kehilangan insan2 yg tersyg,Allah menguji kita dgn “kesabaran”.setiap yg berlaku ada hikmahNya.anggaplah ia sbg penghapus dosa kita.insyaAllah.

No comments:

Post a Comment